Pindah??

Selasa.

Sedang aku berjalan ke arah pejabat di hujung kawasan produksi. Aku menjenguk cuba melihat menerusi cermin siapa yang berada didalam pejabat. Beberapa langkah sebelum sampai dia sudah terlihat aku sedang berjalan ke arahnya. Walaupun disebalik 'Face Mask' yang menutupi sebahagian dari wajahnya aku dapat melihat dia tersenyum teruja sambil melambai tangan ke arah aku. Sebaik sahaja pintu pejabat aku tolak buka dia berdiri mengalu-alukan kedatangan aku.

"Hai....ish susahnya laa nak nampak la nie. sibuk aih, naik rindu aih." Terpana seketika namun aku hanya tersenyum. dan terus kepada tujuan aku,

"Ada lagi tak tempat kosong kat sini. dengan komputer yang tak bertuan?"
Dengan semangat yang tiba-tiba datang entah dari mana dia terus ke komputer sekeliling meja nya dan melihat number siri di belakang 'CPU'

"Nah nah tengok kat sini. " aku tahan rasa geli hati.
"bukan laa saya nie nak cari tempat duduk."
"haih! Awat kena turun bawah kaa?" aku gigir bibir bawah sambil angguk. Terus bertepuk tangan.
"Uih bila, haa oke sangat. Ada geng dah." aku terus ketawa.
"Tapi saya kena tunggu arahan dari bos dulu macam mana pun." Dengan bersemangat dia nak tolong aku pindah. Sampaikan dia nak tolong aku angkat barang-barang.

"So, saya nak duduk sini nak duduk mana?"
"Tepi ni ada tempat kosong."aku diam.
"Sebelah nie? siapa duduk?"
"Banu, Sini laa, sini kosong." Dia tepuk di meja kosong sebelah meja dia. Aku teragak, angguk tidak geleng tidak. Aku perhatikan beg galas dia yang ada di kerusi dan bawah meja yang penuh dengan kotak.

"Jangan risau, sekarang jugak boleh kemas."
"Eh sabar laa dulu. Tunggu sat. nanti saya pindah dah kalau baru kemas."

Dengan rasa bercelaru aku kembali ke meja aku semula.

Bos aku yang terlihat aku melalui dinding cermin biliknya bangun dan buka pintu.
"Saya dah tengok tempat kat bawah, meja kosong ada, tapi komputer tak ada."
"Tak ada masaalah, nanti mintak abang-abang nie tolong." sambil mengisyaratkan kearah kaum lelaki yang sama-sama berada di pejabat ini.

Jumaat.
Dan hari ini, aku masih di pejabat ini, di meja lama aku. Masih tiada kata putus bila harus aku pindah.



~Hey, just pop down here to say something. Not that often i write something in a story form in Malay. I am very self conscious about writing in Malay, more than i did when in English, even though my first language is Malay.
But i guess i should give it a try, maybe there is some error here and there and the sentence is a bit tunggang terbalik.
But i try my best. Don't came at me with a knife though. This is again another story that happen in my everyday life. (its my blog theme anyway.)
If you have come this far i would like to say thank you for spending your precious time reading my post. Its mean a lot to me. <3

Comments

Popular posts from this blog

Aku rasa mati

Sering mimpi bertemu lelaki tua.

Degree oh degree