Posts

Showing posts with the label 2014

Mencari makna syawal.

Aidilfitri 2014. Raya bagi aku satu pembaharuan. Satu lembaran baru satu permulaan. Kita diberi peluang untuk jadi lebih baik di dalam bulan ramadhan dan akhirnya syawal tiba untuk buat kita sedar yang nikmat Alah itu besar, indah dan bagi yang bertakwa akan merasai hikmah ramadhan. Setiap tahun persiapan keluarga aku ala kadar sahaja makan pun masak masakan yang basic ketupat, kuih sejenis dua rendang daging, gulai ayam dan mungkin lemang sebatang dua. Membesar melihat betapa berbezanya setiap keluarga menyambut raya membuatkan aku terfikir... APA MAKNA SYAWAL? Apakah pada 5 pasang baju raya? Kuih sepuluh jenis? Tirai yg ditukar setiap tahun? Dimana? Mengapa kita menyambut raya? Walaupun aq berasa gembira memakai baju baharu makan makanan sedap air tangan ibu. Namun hati ini merasa tidak puas. Merasakan tidak lengkap. Mencari sesuatu. Rupanya aku tidak pernah mengerti makna ramadhan dan syawal yang sebenar. Dan hanya mengikut apa yang orang kata. Merasakan diri aku langsun...