Posts

Showing posts with the label working

Pindah??

Selasa. Sedang aku berjalan ke arah pejabat di hujung kawasan produksi. Aku menjenguk cuba melihat menerusi cermin siapa yang berada didalam pejabat. Beberapa langkah sebelum sampai dia sudah terlihat aku sedang berjalan ke arahnya. Walaupun disebalik 'Face Mask' yang menutupi sebahagian dari wajahnya aku dapat melihat dia tersenyum teruja sambil melambai tangan ke arah aku. Sebaik sahaja pintu pejabat aku tolak buka dia berdiri mengalu-alukan kedatangan aku. "Hai....ish susahnya laa nak nampak la nie. sibuk aih, naik rindu aih." Terpana seketika namun aku hanya tersenyum. dan terus kepada tujuan aku, "Ada lagi tak tempat kosong kat sini. dengan komputer yang tak bertuan?" Dengan semangat yang tiba-tiba datang entah dari mana dia terus ke komputer sekeliling meja nya dan melihat number siri di belakang 'CPU' "Nah nah tengok kat sini. " aku tahan rasa geli hati. "bukan laa saya nie nak cari tempat duduk." "haih! Aw...