Comfort Zone

Comfort Zone.

Satu tempat yang selesa tapi bahaya.

Kenapa?

Pernah dengar "boiling frog syndrome"?
Nah dalam bahasa mudahnya. Amik katak and buh dalam periuk yang ada air sejuk. Dia x kan cuba untuk lari. Cuba bukak api. Air akan mula panas. Katak nie sejenis makhluk yang akan sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dia untuk hidup.  Tapi air yang panas tadi akan menggelegak. Dan katak tadi akan tetap dalam air tuh smpai dia mati aka boiled to death.

Sebenarnya katak sebenar dia akan lompat dari air yang panas tuh. Tapi point kat sini. Kenapa comfort zone nie bahaya adalah bila kita selesa dengan apa yang ada sekeliling kita.  Kedudukan kita.  Kerja kita. Apa saja yang kita lakukan. Kita tak kan sedar potensi yang kita ada. Atau pun bahaya yang kita akan hadapi.

Potensi. Sebagai contoh lah kan. Cuba tengok orang yang amik upah menjahit. Dia pandai jahit baju kurung.  Sehari 3 helai baju kurung dia boleh siapkan. Pelanggan dia semua puas hati dengan hasil tangan dia. Dan dia selesa dengan apa yang dia buat.  Bila datang pelanggan baru nak baju fesyen baru yang ada kembang kat tangan skit zip kat tepi baju kain ada ropol.  Dia rasa macam susah nak buat.  Jadi dia tolak. Walaupun pelanggan nie sanggup bayar mahal. Sebab dia rasa malas nak belajar.  Dah biasa buat baju kurung. Baju fesyen nie x biasa buat.  So dia tolak permintaan pelanggan nie tadi.

Dalam masa 10 tahun akan datang. Baju kurung biasa dah jarang orang pakai. Dah kurang orang tempah. Sekarang orang pakai peplum,  kebaya, kebarung. You name it. Macam macam yang ada.

Rasanya tukang jahit tadi boleh cari makan lagi dak?  Mungkin orang masih upah baju kurung dengan dia. Tapi tak akan sama macam dulu.

Kat sini dah nampak dia memang selesa dengan apa yang dia buat.  Sampai kan boleh buat 3 helai baju dalam masa satu hari. Tapi bila dia dah terbiasa buat benda yang sama. Dia x mau amik cabaran buat benda baru. Dari 50 orang pelanggan sebulan. Dah jadi maybe dalam 10 orang jaa sebulan. Cuba kalau dia sahut cabaran dan cuba buat baju tadi. Mesti dia dah boleh amik lebih lagi. Boleh maju lagi. Silap, boleh bukak kedai sendri.

Bila dah berada di tempat yang selesa nie kita nie sebagai manusia susah nak nampak bahaya yang ada bila terlalu selesa. Dalam x sedar.  Setahun berlalu macam tuh ja.

Nak jugak muni selitkan kisah hidup muni dalam nie.  Well, more to pengalaman laa.

Dulu masa sekolah menengah muni sekolah di Sekolah Mengengah Kebangsaan Bakti Tasek Gelugor,  bukan tunas bakti nahh. SMKBGT,  so dari form one masuk-masuk jaa. Exam terus dapat no 1 dalam kelas. Masa tuh culture shock jugak lah. Mana pernah dapat no 1. Lagi2 bila paper science dapat 100% gila kau.  Exam kedua pun sama. Kira macam takhta muni dah laa.  No satu jaa semua mesti tau munirah meerasa. Pemes laa jugak nek pentas banyak kali.

So masuk form 2 still sama. Dan kawan dah banyak. Senang-senang jaa bagi jawapan meniru dalam exam. X serik. Jangan laa buat macam muni buat.  X berkat woo tiru. Sampai terkantoi. Time tuh naseb tak kena panggil waris.  Tidak mati lah nak. So bagi kawan tiru nie dah kurang tapi still depa duk tanya jugak jawapan. Tambah2 time paper English. Huh exam yang bleh jwab dalam stengah jam. Jadi sejam sebab duk pikir jawapan kat member kelas. 

Situation macam " weh nanti aq nak duk sebelah hang. Aq panggil nanti jangan buat pekak. " biasa sangat dah. 

Dah makin banyak main dalam kelas. Kerja sekolah?  Memang tak pernah buat.  Bila cikgu nak check buku pun tak hantar. Nota dalam kelas?. Hampeh laa harap nak salin kt board tuh. Nampak jaa macam budak baik tapi degil nya ya tuhan.

Nak dijadikan cerita. Masuk form 3. Tahun yang crucial. PMR. masa nie lah nak tengok keputusan exam.  Target, kerja kursus,  prestasi dalam kelas. Muni memang tak pernah ponteng sekolah. Ponteng kelas tuh ada laah. Hehe. Tapi tahun nie paling teruk. Exam mula susut. Dari no 1. turun no 2. Then jatuh no 3. Masa nie macam alah. Baru nk 3. Bagi lah orang lain rasa dapat no 1.

Hah bangga diri kat situ.  Makan diri lah jawabnya.  Bila orang yang selalu dapat no last duduk top 10. Tapi muni masa nie masih lagi dalam keadaan selesa. Yeah.  Still 100% dalam exam. Markah pun tak jauh mana.

Tapi muni tak sedar. Yang kawan muni yang selalu dapat no rendah dari muni nie sedang berusaha nak duduk tempat muni. Cikgu x da. Dia study. Dia buat nota. Siap hafal lagi.  Muni nak hafal? Eh sory laa.  Bukan muni laa nak duduk mentelaah berjam2 benda sama. Paling lama pun 5 min jaa.  Lepas tuh bosan.

Diorang nie, tengok muni banyak main. Tapi dapat markah tinggi. So diorang amik kesempatan study harder dari muni. Results?  Exam tengah tahun dia dapat top 3. muni?  No 20!. Masa tuh malu ya amat.  Rasa macam nak sorok muka kat mana pun x tau. Kawan suma terkejut. "Wei bukan hang ka muni dapat no 1, kenapa bukan hang? " aq nak jawab apa masa tuh! X da jawapan. Terdiam. Balik selalu bangga jaa tayang result exam kat mak. Tapi kali nie. Memang nak koyak jaa result tuh. Malu bukan sehari dua. Malu sbulan pun x habis. Dah laa dekat nak exam PMR masa tuh. Apa nak buat.  Nak struggle bukan senang. Nak pecut orang kata dah nak habis masa dah. Pecut pun belum tentu lagi boleh sampai.

Makin dekat nak exam makin banyak program sekolah buat.  Dia bahagikan murid ikut target. Group A, Group B, Group C. Ikut subject.  So mostly muni duduk average group. Walaupun muni selalu dapat markah tinggi.  Tapi muni duduk kelas no 2 dari 8 kelas.  Dan purata markah exam tak memberansangkan sebab drop last min. Even pun cikgu kecewa. Tapi muni lagi lah kecewa. Selalu duk ajar member sekelas buat kerja sekolah and jawab exam. Nie duduk sekali dengan depa dalam kelas belajar cara nak score bagi 'lulus' paper.  Target lulus je wei. Bukan target A tau. Mmg tahap face palm dah masa tuh.

Dipendekkan cerita sebelum dekat dengan PMR nie muni dengan kawan sekelas ada mintak masuk sekolah teknik. Tapi masa dekat dengan exam dah x ingat dah pasal apply tuh. So exam datang dan pergi. Result keluar. Muni dapat 3A 2B 2C.  The only student dapat A dalam English dalam kelas muni.  Tapi muni rasa tak puas hati. Even rasa bersyukur sangat x da fail. Especially maths.  Sebab memang lemah bab tuh. Tapi masa tuh rasa kalau lah aq belajar lebih lagi.  Pulun lebih skit.  Maybe aq dapat lagi elok. Ah tapi benda dah berlalu.  Cakap pun tak guna.

Masuk form 4. Kelas akaun. Amik add maths. Adoi. Math pun x boleh belah. Ni pulak abang tiri dia. Memang dak lah. Dalam tak sedar keputusan masuk sekolah teknik tuh lulus. Happy?  Tak jugak sebab masa mintak tuh main mintak jaa. X harap pun dapat.

Balik rumah bincang dengan mak. Ayat mak masa tuh buat aku pikir sampai sekarang.
"Kalau hang nak berjaya, hang kena keluar dari sekolah tuh. Sampai bila hang nak duduk tempat yang hang dah selesa tuh. Usaha hang biasa bila duduk tempat yang biasa." masa tuh aq cuma ingat yang maksud mak mungkin sebab sekolah tuh sekolah harian biasa yang x da lahirkan pelajar luar biasa so dia nak aq pindah ke tempat yang lagi baik. Tapi aq silap. Maksud mak yang cuba sampai kan adalah. Aq tak kan cuba lebih dari apa yang aq dah biasa buat. Sebab cara belajar sekolah tuh yang belajar dalam kelas tapi bila balik aq lungguk buku dibiar sepi. Bila cikgu x da.  Aq sembang dengan kawan. Masa tuh kawan yang paling penting. Masa yang aq luang untuk kawan rasa seronok. Sampai aq lupa yang aq ada tanggungjawab untuk majukan diri sendiri.

Jadi aq amik keputusan untuk sambung form 4 kat sekolah baru. Dan buat keputusan yang paling besar. Duduk asrama. Mula mula aku cakap benda nie biasa. Boleh biasakan diri lah.  Kacang jerr. Tapi nah.  Basuh baju sendiri,  bangun tidor lambat kena beratur nak guna shower.  Lambat siap kena tinggai. Makan kena beratur. Sekolah Teknik Sungai Petani 2 banyak ajar aq berdikari. Sampai seminggu jaa aq duduk sana. Abah aq susah hati.  Anak dara dia nie dah kurus.  Hahahaha.

Sekolah bukit banyak. Naik tangga turun tangga. Asrama bapak lah luas. 8 bangunan asrama perempuan sahaja.

Block laki ada dua. Sekolah balik pkui 3. Mandi pun x sempat dah nak pegi prep petang.  Pelik aq tengok member lain yang biasa duk asrama. Boleh ja handle. So aq ubah cara aq. Cuba sesuaikan diri. Alhamdulillah dari selalu bangun kena kejut. Aq dah bangun sendiri. Pandai urus masa. Urus diri sendri. Dan penting nie.  Aq boleh duduk 2 jam buat kerja sekolah.  Tapi sebenarnya banyak main jugak. Bukan 100% tukar jadi rajin belajar.  Tapi aq lagi rajin belajar. Dah at least aq dah boleh keep track apa aq belajar. Surrounded dengan orang yang mahu belajar nie buat rasa malas aq makin tipis.  Sebab jeles tengok member buat nota cantik2 dan boleh jawab soalan tanpa rujuk buku.  Hokeh challenge accepted. So aq rasa makin productive.

Habis SPM aq belajar jauh dari family.  Kolej Islam Antarabangsa.  Aka IIC. office Management and secretary. 

Nak cakap laah tak kira belajar kat mana pun. Tapi sekali sekala cuba buat sesuatu diluar keselesaan kita.  Belajar amik risiko. Im not saying that i am a risk taker or whatever. Tapi kalau aq x ubah diri aq maybe aq fail SPM even lepas pindah sekolah kalau aq x ubah rutin aq cara aq. Aq berani jamin, aq fail exam.  Teringat masa nak amik paper maths. Call mak smpai nages2 takot punya pasal. Tuh laa moment aq paling takut and paling serious dalam hidup hua. Sedih btoi.

Sekarang dah kerja. Setahun lebih dah. Sampaikan bila kawan sekerja dah kerja tempat baru tanya kat aq smpai bila nak kerja situ. X mau ka kerja len. Aq jadi takut untuk cuba kerja lain.  Bila sedar benda niw aq jadi oh no!  Aq dah terlalu selesa. Kerja sekarang memang senang. Gaji skit pun x kena bambu ngan bos. Xda stress. Abeh umur muda lagi nak sia2 kan kerja gaji 1000 ja sbulan?  Hmm takut memang takut tapi, x cuba tak tahu. Naseb kita, kita saja boleh ubah.  Xda orang lain boleh ubah untuk kita. Jangan duduk dan berharap semoga segalanya berubah. Bangun dan ubah sendiri. Semoga kerja baru nie buat aq lebih berusaha untuk perbaiki diri sendiri. Angap sebagai hijrah. Yess aq perlukan tempat baru. Suasana baru orang baru untuk berubah. Tapi kalau rasa boleh berubah dengan tempat yang hampa duduk sekarang nie. Teruskan. Cuma nak cakap jgan terlalu selesa berada di comfort zone. Kena keluar dari comfort zone kita nie jugak sekali sekala.

Assalamualaikum.


Comments

Popular posts from this blog

Aku rasa mati

Sering mimpi bertemu lelaki tua.

Degree oh degree