Just another love story
Assalamualaikum.
Kali nie hari aq tergerak nak cerita pasal someone yang menambat hati (chewah) aq semasa di semester akhir aq dekat kolej.
Well nama dia? Aq bg initial sja lah. Malulah aq kalau dia terjumpa artikel nie takpun kawan2 aq yg kenal dengan dia terbaca so, to play it safe i'll just gonna name him SHR. Nama dia quite unik but also quite reqular.
Hmm mna nak start.
Okeyh. Aq strt with a situation yg aq sebenarnya sukakan kawan baik dia dlu. Masa sem 3 tahun 2012 aq n kawan segeng, decide nak amik kelas Biography Of Profhet Muhammad. Or what we call it BOPM.
Nak di jadikan cerita aq nie terpaksa ikut pilihan kawan aq. So bila masuk kelas tue agak kecewa sebab lec yg kami reg under x mengajar sebab cuti bersalin. Dpt ganti pulak lec yg membosankan.
Aq nie memang di ketahui umum dah x suka amik tau benda yg ad sekeliling. So sapa class mate yg aq tak kenal aq ignore ja. Especially guy. But selama aq dalam kelas tuu aq perasan kan satu geng yg duduk selari dengan geng aq dekat belakang kelas.
Bila time masuk kelas mesti aq usha dia. Nama dia FM hehe. Sebabkan dia tuh putih kot that why aq nampak dia dlu. Btw. Not me alone ja dk perasan budak nie. Ramai ja budak perempuan yg dok usha dia. Tp besa lah budak ensem control lah hapa lagi. Sampai ujung kelas masa tue aq x tau pn nma depa nie. Sbnrnya masa nie bkan tahap suka lg. Bru tahap buat cuci mata sja baru.
So fast foward setahun berlalu sem 5 2013 awal tahun. Masuk kelas organisational behaviour or OB. Kelas nie budak business and management saja yg amik. Masuk 1st day ad dah perasan dah dia. FM. So sekelas lagi satu sem. Masa nak buat presentation aq jdi ketua. And kami kena present 2nd lepas group dia.
Kami x bwak laptop and dah la masuk lambat. So kami pinjam lah laptop si FM nie. Cantik lapy dia hijau lagi tue. And then habis sem yg sgt busy tue.
Masa tue kami nie (means gang dia and geng kami) boleh kata dah cam muka masing2.
Langkau satu sem ahead. Sem 7 last sem before me doing practical. And here comes the best part.
Berdebar pulak nak story. Hehe
Okayh aq amik kelas business communication or BUSCOM also budak course bus and mnagmt sja yg amik subject nie.
Masuk2 kelas aq tak sangka jumpa balik dgn FM nie. Masuk kelas ja suma dk senyum2 sebab da fimiliar aq kenal kau, kau kenal aq.
Aq masa tuh still dk bercuci mata dk usha si FM nie. Sampai aq x cam pun orang yg duduk di sebelah dia.
Masa intro kena menyanyi. Uff. Aq lah, benci betol. So aq nie menyanyilah dkt depan tue. Ekor mata nampak FM dk bg support pada aq yg malu malu nie.
Okayh end the part yg aq nak lupakan tue.
Kita ke pemilihan group. Aq sememangnya hanya nak group ngan orang aq aq knl sja. Tp sebabkan kami sikit and lec aq tue perasan kami masuk ikt geng2. Lebih kurang dalam 4 geng lah.
Kami ad dlm 15 orang and dipecahkan dalam 2 kumpulan. Kami berempat di pecahkan, dah la ddk sekali satu line, nama pulak sederet dari Rapida, aq, Ina, Nora, so aq and nora segroup with bunch other girls.
Lelaki? Pupus. haha. Empat orang saja dalam kelas tue.
So FM nie group yg 8 org sekali with ina and pida. While aq group with kawan baik FM td nie.
Aq nie type yg berat mulut so x ckp bnyak. Bla tnya ja bunyi. Dah berkenalan tau lah aq dia nie nama apa. Kami pilih dia jd ketua. And aq jadi secretary dia.
Seminggu kelas aq still layan dia mcm org asing and just cakap few word shj. Teringat yg masa aq dilantik jadi secretary dia ad pesan kat aq dengan nada berlawak.
"Secretary kena cakap banyak sikit." Sambil senyum. Ad lah few times dia pesan macam tu dekat aq. Aq dpt rasa yang maybe dia rsa aq x leh nak buat keja sbb yelah diam ja.
Well aq macam biasa buat macam angin lalu ja, tp sbenarnya aq mengakui dalam hati the fact that aq susah bercakap di umum and aq jenis berat mulut, macam menyampah pulak dia dk focused dekat one ciri aq yakni pendiam. So aq akan cuba avoid bla kna ckp ngan dia.
Dia dah design name card and aq volunteer tuk printkan masa aq balik cuti raya. So lepas dia design dia bagi yg aq soft copy.
Raya datang and kami cuti selama seminggu seperti biasa. Tapi lepas naik cuti everything start to change.
From here come the best part.
Jeng jeng jeng.
Kami masuk kelas and start discuss. Sebabkan masa aq hantar name card tue dia x print so aq bawak bg balik dkt SHR soft copy tue sebab dia kata nak tukar design. Okey.
Masa bincang entah kenapa aq rasa selesa nak utter words. Orang tanya aq jawab, aq bagi idea and betulkan macam mna yg aq selalu buat bila aq jadi ketua.
Perubahan ketara yang aq sendiri tak sedar. Sampailah dia sendiri yang tegur.
"Ko nie lepas cuti banyak cakap da kan. Bagus." aq terdiam di buatnya.
Aq terkejut sebenarnya bila dia kata macam tue tp aq diam sajalah. Bila time aq amik note benda yg di discuss tue dia kata lagi. "Da start banyak cakap da secretary nie bagus2" aq senyum bersalah.
Sampai ad yang perasan ttg situasi yang agak pelik tue. Asstn drctor pn mrah dia sbb usik aq. "Jgn lah kcau dia nk bt keja"
Aq pandang muka dia di senyum kat aq and angguk saja.
Balik rumah hari tue aq senyum memanjang. Pergh luar biasa teguran dia tue. And aq jadi semakin selesa and mula mengarah. Hehe. Aq nie sebenarnya kuat mengarah tau. Almaklumlah anak sulung. Hehe.
Setiap kali kelas or jumpa aq mesti notice few things about him. Persamaan kami perbezaan kami. Dimana cepat serabut. Bila buat kerja lain x pandang daa. And dia kalau pasal keja, bab makan tolak tepi. Samalah kita.
And dia selalu bercerita bla duduk dlm group.
One time dia cerita pasal mimpi dia. Aq xmau lah cerita detail tapi dia kata kesan mimpi dia tue buat dia nak jaga solat dia. And aq tersentuh lah kehati nie. Kata2 dia tuh. Jujur.
In my life there are countless of awkward situation of me being awkward and not knowing what to do. So one time aq masuk kelas awal and, kami tiap kali kelas kena duduk dalam group.
Dalam group kmi nie cuma aq and SHR saja yang baru mai. Aq nie masuk sja da alamak dalam hati. Yelah aq duduk dengan dia sja. Mula lah aq nk buat drama bisu dengan pida yang dk pandang aq dari jauh.
One of the girl masuk letak beg and walk out to bathroom. Tinggal lah aq dengan sidia nie berdua sja. Ish lamanya masa berlalu. Aq dk belek kuku ja. Group sebelah da ramai.
Tetiba sja dia pusing mengadap aq. Ajak bincang aq pn owkey.... Then dia ckp2. pastu dia nak describe pasal logo jauh sgt kerusi dia ngan aq. Dia boleh pulak pegi tarik kerusi dia tuh duduk sebelah aq dekat pulak tue.
Tengah kusyuk dia dk lukis. (Dia sja lah kusyuk aq nie nervous nak mampus daa.) Adlah pulak makluk Allah group sebelah tegur.
"Amboii bos and secretary dating berdua ja. Haaa."
Zuppp darah naik kemuka. Panasnya YaAllah. Aq hanya mampu senyum saja. Bt mka katak. Dia pn senyum and teruskan apa yang dia buat tadi macam x da apa yang berlaku.
Mungkin orang kata biasa tapi bila dah ad something dekat hati nie. Even little thing pun kita akan perasan dengan sepenuh jiwa. Fuhh
Minutes after that aq da x boleh nak control da cool aq nie. And bila kawan yang lain masuk dia terus end kan dia punya idea. And pusing mengadap meja lec. Aq pun da lepas lega.
Balik apa lagi terus malam x blh tido. Than at that time aq sedar aq ad perasaan kat dia. Tp bukanlah tahap cinta tue. Just every little thing of him add up and make him special in my eyes.
Even pida pun setuju yang dia tuh layak buat calon suami.
Tibalah masa tuk amik pic for organization chart. Sampai turn aq bermula lah drama romantik (drama aq sensorang lah) Dia yg amik pic aq. Aq stand there and buat expresion yg aq selalu buat.
Dia tgk kt phone dia.
"Senyum lah sikit"
Automatik aq tergelak. Ok then aq senyum biasa saja.
Bila da snap dia tgk dkt screen and kata
"Ada gaya secretary hmm manis"
Walau pun x kuat tapi telinga aq and few friends yg ad kt situ boleh tangkap apa dia kata.
So balik ja aq story ngan budak rumah. Hadoii. Rasa macam zaman sekolah pulak cinta pertama. Huhu.
Suma budak rumah aq dengar ja aq cerita walaupun x pernah jmpa sapa SRR nie.
Dekat nak present makin sibuk. And laptop aq pulak rosak sebab aq mengamuk dekat dia huhu. (Aq hempuk dia smpai screen dia x lehnpkai lngsng) Bila dtng kolej aq yg selau smbg kerja kt kolej x dpt bt apa2 felt hopeless sbb laptop aq rosak. Bla aq mengadu kt group laptop aq rosak dia pn respond.
Aq : susah lah nak bt apa2 laptop aq rosak antr kedai.
SHR : eh samalah laptop aq pn da seminggu dkt kedai.
Aq : ya kenapa?
SHR : rosak kena habuk. And abu rokok.
Aq : ang merokok ka? (Dalam hati da kecewa da, sbb aq mmg anti org mrokok)
SHR : bukan aq yg dk merokok. Hosemate lain dk gna laptop aq sambil merokok.
Aq : hmm kawan kan nak marah kawan. Kita boleh biar ja.
And dia gelak. Haii manisnya senyum.
Bila bab buat kerja yg nampak seriousnya aq dia and nora. So aq mengadulah kt SHR assitn director x bt keja ka?
SHR : aq da bg da keja dia pn nie nie nie.
Aq : ang bg dia bt nie?
SHR : kenapa??
Aq : hm dia tnya aq. Aq bg point. Sruh hurai. Dia bg balik sebijik mcm aq bg.
SHR : hmm aq tulah aq x tau nak ckp ngan dia. Ang gtau lah.
Aq : aq pulak (bt muka x puas hati ala konon2 comel)
Dia sengih kerang busuk kat aq.
Aq yg cair nie mampu nak bt apa?
Haih baik aq yg jd ceo mcm nie.
Suma aq yg buat.
Fast foward smpai presentation day. Sebelum kelas aq ad event kt kelas lain aq skip kelas mandarin. Dia pulak nak masuk kelas kt belakang kelas yang kami bt event tue, time aq dk prepare keja kt laptop msa tu keja aq terpampang dpn scrin slide show.
Dia dk kt gate belakang jerit. Weh macam logo company aq sja. Aq dlm hati hah lega dia ad.
"Weh .... Sini sat nak tnya. Aq x tau nak buat nie."
Dia pun masuk ja. Berdiri sebelah aq. Dk tgk aq buat. K.yani and k.ira rommie aq ad kt stu skali. Depa tgk ja SHR nie. K.yanie sempat snap pic aq ngan dia. Lepas tue dia ckp nak g solat. And dia pn pergi.
Elok dia keluar k.yanie and k.ira dtng kt aq. Tue ka dia SHR? aq pn senyum penuh makna. Hehe. Depa pn approve. Siap puji ensem lah manis lah. Hmm bagi aq rupa dia aq pandang no 2. Sikap dia yg buat aq selesa dengan dia tuh yg tambat hati aq sebenarnya.
Sampai lah moment present. Dia very support aq. Masa part aq suma pakat diam dgr and the other guy in my group was like 'whoa' bila aq jawab soalan yg lec aq tnya. Aq pulak bila time dia present aq tlong dia pronounce few words. He quite impress with me but aq x amik port sgt. Bukan niat aq nak impress orang sana sini.
SHR nie pulak thanks ja kt suma and dia nmpak mcm terkejut tgk cara aq present tp dia x kta apa2 pn.
Besoknya baru lah aq tau. Lepas present tue depa berkumpul dlm library bincang pasal present td. Both group ad. Aq balik awal sbb naik bas.
Pida lah tukang inform kt aq. Yg depa terkejut tgk aq yakin masa present. Depa terkejut sebab aq kan diam jaa. Then bocorlah rahsia pida bagi tau yang kalau bi nie aq yang banyak ajar depa bertiga.
And SHR ckp bolehlah dia belajar ngan aq. Well aq just be myself.
Hm bukan main lg pida dk promote aq dpn SHR. Tp masa tue bermulalah saingan baru aq.
Secretary goup sebelah mula nampak aq mcam nak cantas dia. Mulalah dia dk nak challenge aq dlam dia. And masa tue. Aq pulak dk crisis ngan ina sebab aq selalu spend time dgn Ammi.
Banyak jugak lah pida dk cerita pasal diorng dk cerita tentang aq kt belakang aq. Yg aq dgr dri pida benda baik lah.
Sebenarnya banyak jugak moment yang aq da x igt. Well aq kan in process to forget him. But bila tetiba igt kt dia aq story lah.
Aq cuma pernah suka kt sorang sja dlm hidop aq iaitu FA and then dia masuk dalam hati aq. Lepas tuh aq sndri heart break sebab aq dpt tau dia ad makwe and already couple scince school. Did i mention he also from technical school like me. And bila aq dpt tau sapa awek dia aq terima sja dlm hati yup they perfect together. Sama baik sama padan.
Aq nie bukan baik sgt pn. Tapi still aq admire dia. And even his imperfection everything. I like.
And masa final test once more coincidence between us. Kami sekelas da pakat nak pakai baju company masa jawab exam. So belang belang lah jadinya. Kuning vs purple.
Bila aq pandang kanan tau apa aq nampak. Him! Dia duduk kat sebelah aq. Pergh. OMG. Kenapa dalam banyak2 tempat dia dk sebelah aq. And bila dia nampak aq sebelah dia pn
"Hey secretary. " amboii beronok ya aq dk sebelah.
Dia pinjam liquid paper dari aq. Hehe. Oh well. Aq mmg x bleh nak focused jawab. Tp it went well.
Lepas habis jawab paper kami suma tunggu x balik lagi sebab nak amil pic with lec. Masa yg ad aq manfaat. spenuhnya.
Sblm final phone lg aq rosak x leh nak touch screen tp masa tuh aq da order on9 phone grand nie. Time nak amik pic tuh aq keluarkan phone tue and sedang aq dk main phone dia mai berdiri sebelah aq bersandar kt dinding.
"Uiih beli phone baru. Ari tue rosak phone dia kejap ja mai baru." Lagi lah aq tambah berbunga sbb apa? Dia also notice liltle things about me to.
Ok dia mai sebelah aq and peek to my phone. Aq buat muka pelik.
"Kenapa?"
"Sja nak tgk. Phone besar lg dari aq"
Dia usha2 pastu blah. Aq gelak dlm hati ja
Lepas tue kami da x jmpa smpai lah hari aq exam paper event planning. Malam tue kami da plan nak makan dinner sama2. Sbb ad duit lebih. Wah dinner ko. Aq pn hapa lg bersiap mcm besa smpailah kwan aq mai amik aq kt umah.
The dinner was nice and all.
Masa balik tue kami bergambar keja. Sebabkan dia sorang sja lelaki, dia kekok. Asstn drector mintak nak bergambar sekali berdua ngan SHR, aq membara ja. Tp boleh maintain cool.
Aq sja melawak kta.
"Oh berdua ja ish jeles nie. Secretary pn nak jugak" dia gelak saja muka da nmpak dia malu. Ish aq nie serius sbnrnya. Tp x pa. Xnak lah tnjuk sgt.
Masa bergambar beramai2 aq berdiri sebelah dia. Dia nampak mcm x biasa dekat sgt ngan prempuan. And tempat tuh bukanlah luas mana pun. Tp x pa the picture session went well.
Lepas tue aq da x jmpa dia dah. And pada aq itu lah last jumpa dia face to face.
Cuti sem datang and aq practical. Masuk tahun baru 2014. Bulan 3 aq balik kl balik sebab ad ibadah camp and present. X tau nak kta takdir ka kebetulan. Tapi sehari lepas aq balik dari ibadah camp. Aq decide nak pergi kolej. And masa tue aq pegi masuk kt finance. Duduk tunggu kt seat tue. Aq pn dk tgk phone.
Then tau apa jadi? SHR and FM masuk.
Masuk ja dia terus tegur aq. Aq dapat rasakan muka aq happy. Aq terus on mood ramah. Aq tanya ap dia buat dkt kolej. Dia dk bangga nak convo. Aq pn hmm owh convo yer. Aq nie bru nak present dia nk convo. Gongrats lah. Dia senyum.
Then aq and pida tinggal dia pegi acad. Pida sempat usik aq kta yang SHR masuk sja tegur aq dlu x tegur dia. Aq senyum ja. Masa aq sembang ngan SHR tuh FM pandang ja aq(maybe dia pelik sebab aq x pernah ramah mcm tue dpan dia). Tapi aq nie nampak SHR sja time tu. And sepatah ja dia menyampuk aq pun balas seayat. Tapi SHR dk sbk tnya pasal ibadah camp semalam.
Bila kami da selesai urusan aq tunggu ami dtng amik aq. Smbil teman pida tnggu ayah dia. Jalan nak keluar pagar aq nampak dia naik motor balik. Aq x sure dia nampak aq ka x. Aq tringat kasut epa dkt surau so aq patah balik g surau.
Tunggu ayah pida kami duk kat kerusi kt pagar depan. Masa kami ddk tue SHR lalu dpn naik moto. Pida kata rezeki aq lah tue. Dia angkat tgn kat kami. Orng lain pandang ja. Lepas tuh boleh dia pegi picit hon depan kolej. Aq gelak ja dia clumsy but cute.
Yep so tu lah last aq tgk muka dia, march 2014. Besoknya aq present and then ujung bulan march tue aq balik rumah kt penang. Sampai lah sekarang itu lah kali terakhir aq dengar suara di an tgk muka dia.
Tp dia ttp ad dlm kepala aq and most important is dia ada dalam doa aq.
Sedih rindu aq story ngan Allah sja. Bila aq tgk wechat dia profile pic ngan awek dia. Aq makan hati. Tp aq tetap doa depa bahagia. Pandai dia pilih calon. Hmm
Aq heppy sbb mcg raya aq and comment ka hapa ka dia still balas +ve. So no bad feeling left.
Kalau nak buat perbandingam sgt lah jauh beza dia and crush lama aq tue. Sbb dgn dia aq rsa mcm mna sukakan kwan sendiri. Faham x bila kita bersama dengan dia gelak and sembang sekali macam biasa tapi dalam hati tue tuhan saja tahu.
Bg aq, aq rsa syukur sgt kenal dia. Dia ajar aq cara cinta yg 1st time in my life in very comfortable way. Aq selesa sgt bla dgn dia. Not many guy boleh buat aq mcm mna dia buat aq rsa. Klau aq admire some one aq akan stay very far and just suka dlm diam. But with him it just so lovely and sweet one sided love.
I never regret it. I'll tresure the memories and moments together.
Wow gear masuk gear english x leh nak patah balik. Hehe. Sory bout that.
Okay lah its time for me to stop rembling like there no tomorrow.
And kalau ad yang membaca nie terima kasih sangat lah. Yela panjang sgt nie. Aq nak baca pn x sanggup
Rajin kan korang. Hehe
Ok lah bye.
Comments are welcome.
Keep it moderated.
Please concern on what you publish on internet.
Play nicely okay.
Peace yo.
Comments
Post a Comment