journey to become strong...

assalamualaikum...

nak jadi tabah jadi kuat nie bukan senang tapi tak mustahil.
ni lah pertama kali munie rasa dugaan Nya berat sangat. tak tertanggung rasanya.
patah rasa hati nie bila pandang orang yang kita sayang yang dulunya sihat ceria tetiba ja jadi lemah tak bermaya.

sesungguhnya hanya Allah saja yang munie ada sekarang.
kawan-kawan yang dah munie anggap macam adik beradik munie syukur sangat ada diorang.

puasa tahun nie rasa kurang. rasa tak lengkap. nanti raya macam mana pulak.

sejak hari tu munie rasa macam hilang kejap macam bingung tak tahu nak buat apa rasa tak bersemangat ja nak buat apa-apa pun. nak bercakap pun susah apatah lagi nak senyum kat orang. tapi ada saja manusia yang buat tak faham buat macam tak ada apa-apa. apa ingat munie nie saja berlakon menanges sampai lembik lutut. nak berdiri pun rasa lemah ja. hmm macam tuh panggil diri kawan sedih tapi adat manusia memang macam tuh. dalam setandan pisang bukan semuanya elok mesti ada yang rosak kan? betul tak. bagi yang dah rosak tuh munie dah malas nak ambil tahu malas nak layan. sorry sangat kalau munie buat tak tahu eah munie tak suka kalau nak marah kat orang nie tak suka benci kat orang apatah lagi kalau nak masam muka tak best lah kalau macam tuh. so jalan terbaek ialah diam ja. kalau tak suka duk jauh jauh. hm kan senang.

benda yang nampak senang tapi sebenarnya susah nak buat iaitu pasrah bukan semua orang boleh terima apa yang berlaku keatas dirinya. munie pun awalnya jauh di sudut hati harap yang mak munie tak call pun hari tuh and kemalangan hari tuh tak berlaku pun. tapi sapalah munie nie nak tolak ketentuan dari Dia. kenyataan biarpun pahit untuk ditelan namun kita kena terima dengan reda dan ikhlas.

Allah lebih sayangkan abang munie sebab tu dia pergi dulu. Ya Allah lindungi dan rahmatilah roh abang munie. dan berikanlah kesembuhan kepada kakak yang selama ini menjadi sumber kekuatan aq. pada munie dia lebih dari seorang kakak dia kawan sahabat and tempat munie meluahkan rasa dan mencari kekuatan. membesar bersama seolah-olah gelaran tiri langsung tak ada tak wujud. bahkan munie lebih rapat dengan dia berbanding adik kandung munie.
selalu sependapat bak kata orang sekepala.

sedih sangat bila tengok dia macam tu. bingung tak sedar 100% lagi. bahkan munie sendiri tak pasti sama ada dia kenal atau pun tak munie nie. memang dia peluk munie masa jumpa hari tuh tapi entah dia hanya tenung ja muka munie masa tu. Allah saja yang tahu hati munie macam mana masa tu. tak sanggup rasa hati. kawan-kawan yang lain semua dia tak kenal.

temporary amnesia tu lah yang dia hadapi sekarang lupa perkara yang baru berlaku memori jangka pendek suma hilang tapi memori jangka panjang pula masih samar-samar. dan yang paling menyayat hati dia masih tak tahu lagi yang abang munie tuh dah tak ada. tak dapat munie bayangkan macam mana reaksi dia nanti bila dia tahu.

moga Allah tabahkan hati dia. satu ja yang munie nak sekarang nie biarlah dia sembuh dan kembali macam dulu. i wish. sis i hope u will be like before happy and cheerfull again. insyaallah.

Comments

Popular posts from this blog

Aku rasa mati

Sering mimpi bertemu lelaki tua.

Degree oh degree