Sebelum baca ikat Jantung anda kemas2...
Selepas
Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar)
yang
memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat
yang lain.
Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan
akhirnya
nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun
berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah
kerajaan
hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan
keagunganNya
"Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan
kebesaran
& keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup,
tidak
mati.
Selepas 40
tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala
untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi
putih,
berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit
atau bulat
seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam
yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang
berada di
hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang
kembang
membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam
keadaan telanjang dan hina. Mereka
tidak rasa
malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang
tentang
nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan
bunyi seperti guruh yang menghalau
manusia,
jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka
menggunakan
tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang
amalan)
dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan
lupakan
anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib
mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari
dan bulan dihapuskan cahayanya,
lalu
mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat
dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi
yang dahsyat, lalu turunlah
malaikat
sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat
saiz
malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan
kepanasan yang berganda. Hingga
dirasakan
seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama
berkata
jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya
seluruh
bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka
rasai
kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.
Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka
berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad
SAW bernama Al-Kausar yang
mengandungi
air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan
mukmin
akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak
akan haus
selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu
bulan
perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih
putih dari
susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang
mengalir
dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari
yang terik kecuali 7 golongan yang
mendapat
teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:
ⅰ-
Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang
muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki
yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua
orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki
yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata
"Aku
takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki
yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki
yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana
takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang
mahsyar, semua manusia tidak
tahu
berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara
"pergilah
berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.
Pertama
sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha
mereka
gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan
dengan
Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi
Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab
seperti
Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa
antara satu
nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke
hadrat Allah SWT. Lalu
diperkenankan
doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang
yang kuat hingga menakutkan hati
semua
makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit,
turunlah
arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar
(besarnya
sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang
amat kuat
sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar
berbentuk kubah (bumbung bulat) yang
mempunyai
4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar
dan gagah.
Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik
yang
menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang
menghijab
cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di
hadapan Arasy yang dipikul oleh 4
orang
malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama
cincin
ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak
dihadapan
istana.
Seluruh
makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan
amal.
Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah
Arasy
menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga
mereka
dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat
Hafazhah /
Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan
pemimpin masing- masing. Orang
kafir
& munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada
tanda
mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang
pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang
pertama
kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan
adalah
perkara pertumpahan darah.
Apabila
tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan
mencabut
kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan
kanan bagi
orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka
menggunakan satu Neraca Timbangan.
Saiznya
amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun
yang
bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW
dan para imam 4 mazhab untuk
menyaksikan
pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika
dia bukan Islam, maka seluruh
amalan
baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri,
tangan akan berkata- kata, kaki
akan
menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh
Allah
Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar
dibuka kepada orang ramai untuk
menuntut
hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh
makhluk
berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ-
Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.
ⅱ-
Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ-
Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua
syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga
diberikan izin oleh Tuhan untuk
memberi
syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap
seorang
dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula
berjalan menuju syurga melintasi
jambatan
sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang
dibawahnya
neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah
tujuh dan
ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan
dan
dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat
memakan masa 15000 tahun. 5000
tahun
menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang
melintasinya
seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan
berjalan
kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa
menarik
kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat
mengawasi setiap makhluk yang
lalu.
Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya
melepasinya.
999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam
itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
p/s : gambar tuh hiasan sahaja tau.
Comments
Post a Comment