Wake me up when september ends.

So September?
Hahaha apa lagi bulan kegemilangan aku.
Ceh poyo jaa. Erm so bulan nie akhirnya aku convo jugak so majlis convo aku yang sangatlah gemilang tuh berjalan 12 september. Hah cuti aku amik 5 hari. Puah hati ambo. And btw. Even aku x dapat bunga yang besaq macam orang lain dapat aku boleh katakana yang aku terharu dengan cara family aku celebrate and appreciate convocation aku.
1st mak yang demam teruk tuh boleh duduk dalam dewan tuh berjam2 lama and still bersemangat lepas tuh masa photo session. Tapi tulah abah aku nie ceh x sporting langsung. Bajet candit ja. Hahahaha
Btw. Parents aku dah usaha untuk aku lebih dari yang aku mampu balas. Tak terbalas rasanya semua yang mereka dah korbankan kat aku. Huhuhu. (ayaatt)

Tengok balik aku baru sedar yang aku miss bulan july!!!!! OWH NO. nk bt dramatic skit. Gila tak pernah miss kot. Ish2 kena KIV nieh.
Uh uh uh lupa pulak. Haa kejadian aku buat kerja gila pegi kl dari png lsehelai sepinggang kena story. Ahaks. Isnin lepas convo aku pegi keja macam biasa. Balik kerja tuh aku terus pegi beli tiket dekat jeti. Then balik umah da dkt 7 lebih. Mandi siap (sempat lagi tidoq sejam) pukul 10 mak aku mai gerak. Size lena x sedaq habaq. Dlm sebelas macam tuh aku bertolak pegi jeti yelah bas pukul 12. Tuh pun bukan mak aku yang hantar. Kawan dia yang tolong hantar. Mak aku still demam tak lega lagi.
So nak diajadikan cerita aq yang tak seberapa nie bas dlm pukul 12 lebih mai. And jalan dlm pukul 1.00 then budak perempuan sebelah aku nie mula bukak quran mengaji. Aku yang duk dengar lagu tutup and dengar dia ngaji. Lembut jaa. Tapi bila lampu tutup dia stop. Terpikir. Ada tak cara untuk dia baca masa lampu tutup tapi still tak ganggu orang dengan lampu?? Tau?
Then sampai dekat pudu dalam 5 lebih. Mana bukak lagi pudu masa tuh. Tutup. Maka tunggu lah aku kat tangga nie macam pelarian dengan hanbag melayut dengan sweater and pashmina yang aku buat selimut atas bas. Nak lena kat tepi tangga kat jejantas tuh takut beg orang sambar ka hapa ka. So aku tahan jela mata nie dari tutup. Naseb x da toothpick ja. Hahahha.
Then lepas masuk waktu subuh dia buka lampu and benarkan orang masuk kat dalam. Aku pun hapa lagi tuju straight ke surau lah. Pudu tuh dah macam rumah ketiga aku daa. Hahahh. Lepas sembahyang and gosok gigi cuci muka yang baru bangun tidow nie aku pun mula pegi cari benda nak isi perut. Theng satu kedai ja bukak. Beli lah roti gardenia dua bungkus lapik perut. Beli air mineral sebotol. Nak gerak dlm 6.30 lagi, awal sangat. So aku mulakan misi mencari plug. Nak cas phone. Hampa bayangkan pudu sentral yang sophisticated tuh yang besaq tuh x da satu pun plug yang orang boleh guna nak cas. Gila lah depa nie. Suma tebakaq.
Last dengan redho aku duk ja makan roti aku senyap2 sambil tunggu masa berlalu. Then bila dah orang ramai sikit dalam 7.00 aku pegi nak cucuk duit. Then lalu lah tepi aku sorang guard ka cleaner ka aku tak sure. Tapi seangkatan jugaklaa. Aku nie toleh nak cari tong sampah sekali dia sengeh macam kerang basi. Tegur aku. “hye.” Aku yang dah seram nie buat muka pelik then jalan tak kalih belakang dah.
Gila takut. Okay dalam 7.15 mulalah perjalanan aku. Haa tadi baru mukadimah. Nie baru nak masuk cerita nya. Dari pudu aku jalan g LRT plaza rakyat. Amik terus g kl sentral then tukar amik KTM g batu caves. Nak buat cerita nya aku sorang ja muka toya. Yang len suma muka fresh jaa. Hailah. Dalam hati aku nie dah la pakai shirt ngan cardigan bawak beg galas macam nak lari rumah dengan slipar aku yang seadanya tuh and jeans. Tudung pun selimpang ja. Memang macam toya tapi dk bajet macam glamorous. Well it takes bravery to feels confident.
So dari batu caves aku naik teksi g kolej aku. Sampai kolej entah kenapa aku rasa semacam. Nie hari minggu kan bukan hujung minggu. Kenapa tak da studeng pun?
Lepaih tuh baru aku tau. Kolej aku tutup sebab jerebu. Damn. Guard tuh siap tanya g nak hantar jubah ker? Jubah ada lagi. Dalam hati aku nak amik gambar ja. Tuh sanggup redah kl dalam jerebu tuh semata-mata nak amik gambar convo. Tapi aku adalah setelkan hal lain jugak. Pasal aku punya transcript tuh pun sempat setelkan hari tuh. So berbaloi ler.
Then masa masuk tuh nampak lah kawan aku sorang nie yang lain course dari aku. So aku tegur dia. Then terus dia celoteh kat aku. Gelak ja dalam hati. Takpa bukan selalu nak jumpa. Lepaih amik gambar aku nak ke acad nak amik scroll dia pun nak balik. Lepas tuh jumpa lagi sorang kawan aku nie. Terus aku amik scroll dengan dia and teman dia g amik gambar suma. Dia offer nak hantar aku balik ke stesyen. Aku macam berat ja nak susah kan dia. Boleh ja aku amik teksi. Tapi dia insist siez murah rezeki dia tolong aku. Mana member aku jumpa yang kenal aku mesti cakap kesian kat aku. Ayat depa mesti macam nie. “cian dah la mai jauh.” “jauh dia mai. Naik apa?” “sampai pukul berapa nie? Balik pukul berapa”
Andd yang paaaling famous ialah. “mai sorang ka?!” halaa nak angkut sekampung mai teman aku.
Dah perangai aku suka selesaikan masalah aku sendiri tak suka susahkan orang.
Okay so masa sebelum aku balik tuh sempat lagi dia bawak aku g makan. Masa tuh syukur sangat Allah hantar orang untuk tolong aku masa nie. Dia tau ja apa dalam hati nie. Sorang2 travel dia hantar teman untuk aku. Sebab dia aku sempat naik bas pukul 12 balik png. Sampai sini dalam 5 lebih. Tunggu bas lagi balik tasek gelugor then abah aku mai amik mau la dalam pukul 8 sampai rumah. Haa. Then tidoq x sedaq diri. Naseb lah besok tuh cuti hari Malaysia. Lusa p keja demam. Hahahahhh padan muka. Orang bagi mask x mau pakai. Bajet. Demam seminggu.
So raya haji. Mak aku malam raya boleh buat sweet pulak. Surprise kan gambar convo aku mak aku letak frame. Ahakss. So sweet. Besok tuh pulak bagi kek. Hehehe. Siez x expect. Ingat dah lupa tapi still tulah aku kata. Benda yang aku nak nie mesti takkan dapat bila aku tertunggu2 dia. Tapi bila aku dah redho and pasrah benda tuh akan mai dengan sendirinya. So terima kasih mak for this gesture of love. Aku tau mak aku tuh macam aku juga tak da nak sweet bgai nie tapi bila bab macam nie. Dia pandai show appreciation dia tuh. So tersangatlah terharuuu.
Haih. Apa lagi aku nak story nie. Bulan nie memang kering kontang lah jawabnya. Gaji tinggal duit hijau sekeping jak. Lain habis. Ketor tunggu gaji. Hahha. Hadoii. Lawak nor.
I cant really think on top of my head anything else to write about in here so I guess it would end here. Nak g shower dulu sat. carik ilham.

P/S: Ad aq selit sikit gambar aku bagi kat hampa sikit. Hahahahh. Selalu ampa baca ja aq mengarut nie ak bg gambar bag tgk sma. erm aq rsa cukup lah aq membebel. Tulis banyak pun penat tangan nak taip. Ok bai. Ngantok nak tido.

#Stress keja. kena jadi matang untuk face orang yang x matang.

Comments

Popular posts from this blog

Aku rasa mati

Sering mimpi bertemu lelaki tua.

Degree oh degree