Mimpi dipatuk ular.
Mimpi nie jadi kat aq few days ago. Masa tu aq tertidur lepas sahur.
Mimpi tu klau nk detail kan aq berada dalam satu rumah dengan orng yg aq x knl tp yg aq tau suma lelaki but tiba-tiba ular banyak sgt masuk puas kami lari tapi aq x kena patuk pulak. Dan bila aq dah hampir berjaya keluar aq kena patuk ular tuh patuk aq dekat paha aq. Dlm mimpi tuh aq jatuh tertiarap. Aq terkejut bgn sedar2 aq ni tidur meniarap terasa lg tempat ular tuh patuk.
2hari lepas tuh aq gtau kt mak aq. Mula mak aq diam saja. Lepas tuh dia tnya ular tuh jenis apa?
Aq jawab yg aq nie x tahu. Lg pn aq mmg x knl jenis2 ular nie. Tp aq igt lg kepala ular tuh warna merah.
Selalu yg mimpi ular nie mak. Tp kali nie aq pulak yg mimpi. Mmg aq x sangka. Sbb nie first time aq mimpi ular.
Tadi disebabkan aq asyik teringt mimpi tuh aq search lah dlm internet pasal nie ini yg aq jmpa.
Ini adalah berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Ustaz Syarhan Syafie dalam slot Tanyalah Ustaz di TV9 dihatiku...Beliau telah nyatakan secara ringkas tafsiran mimpi ular menurut ISLAM...antara isi-isinya adalah:
Mimpi ular ditafsirkan dari segi sama ada ular itu mematuk,membelit atau kita bermain dengan ular tersebut.
Dalam kitab Fi Tafsirrulahlam oleh Ibnu Sirrin ada menerangkan secara mendalam tentang mimpi.
° Sekiranya kita bermimpi dipatuk ular bererti sihir telah meresap masuk ke dalam tubuh kita.
° Sekiranya kita bermimpi dibelit ular atau bermain dengan ular bererti sihir telah memberi masalah kepada kita.
° Secara keseluruhannya,ular adalah haiwan yang ditakuti oleh manusia.Dan atas sebab itu jugalah Allah telah menyediakan kepada orang yang tidak solat,di dalam liang lahad nanti seekor ular yang bernama sakhar.Ular ini tugasnya adalah melaknat orang yang meninggalkan solat.
Sekiranya anda mendapat mimpi yang sebegitu maka rawatlah jiwa anda.Untuk mendapat mimpi yang baik maka sentiasalah tenangkan jiwa dan sentiasa membaca ayat suci Al-Quran.
P/S : Tafsir mimpi disunting dri blog tinta nurani...
Any comments are welcome. Keep it moderated. Please be concern to what you post on the internet. And play nicely ok.
Comments
Post a Comment