Mencari makna syawal.

Aidilfitri 2014.

Raya bagi aku satu pembaharuan. Satu lembaran baru satu permulaan.

Kita diberi peluang untuk jadi lebih baik di dalam bulan ramadhan dan akhirnya syawal tiba untuk buat kita sedar yang nikmat Alah itu besar, indah dan bagi yang bertakwa akan merasai hikmah ramadhan.

Setiap tahun persiapan keluarga aku ala kadar sahaja makan pun masak masakan yang basic ketupat, kuih sejenis dua rendang daging, gulai ayam dan mungkin lemang sebatang dua.

Membesar melihat betapa berbezanya setiap keluarga menyambut raya membuatkan aku terfikir...
APA MAKNA SYAWAL?

Apakah pada 5 pasang baju raya?
Kuih sepuluh jenis?
Tirai yg ditukar setiap tahun?
Dimana?
Mengapa kita menyambut raya?

Walaupun aq berasa gembira memakai baju baharu makan makanan sedap air tangan ibu. Namun hati ini merasa tidak puas. Merasakan tidak lengkap. Mencari sesuatu.

Rupanya aku tidak pernah mengerti makna ramadhan dan syawal yang sebenar. Dan hanya mengikut apa yang orang kata. Merasakan diri aku langsung tidak memahami.

Ketika kecik seronok dapat baju baru dapat duit raya. Zaman kolej raya pada aq adalah satu iaitu cuti.

Aku yang jahil akan memberikan jawapan yg cliche yg mungkin berlegar dalam fikiran sesetengah dari kalian.

Kalau syawaal itu bermakna kemenangan bagi yang berpuasa maka rugilah bagi yang mensiasiakan ramadhan.

Apakah selepas berjaya menahan dan melawan nafsu dalam bulan ramadhan apakah selepas raya kita akan kembali bertuankan nafsu seperti yang berlaku sebelum bulan ramadhan tiba?

Apakah yang kita perolehi daripada academi ramadhan?

Syawal bukan sahaja hari untuk bermaaf maafan tetapi satu titik noktah untuk kita berubah menjadi lebih baik. Memperbaiki hati dan sentiasa berusaha untuk menambah sifat sifat mazmumah dalam roh dah jiwa kita.

Syawal bukan setakat membuka lembaran baru tetapi membuka buku baru.

Syawal satu titik kelahiran semula jiwa kita dari kekotoran yang menggelapkan.
Lahir semula menjadi bersih suci.
InsyaAllah.

Moga ramadhan ini menjadi ramadhan yang terbaik.

Comments are welcome. Keep it moderated. Please concern on what you publish on internet. Play nicely okay.

Comments

Popular posts from this blog

Aku rasa mati

Sering mimpi bertemu lelaki tua.

Degree oh degree