Kisah batu…


Assalamualaikum…
Korang pernah tak masuk batu dalam kasut?
Mesti pernah kan2
Apa yang korang rasa masa tuh?
Jujur lah…J
Mesti rasa marah sakit pastu rasa macam nak campak je kasut korang tuh bagi batu yang ada dalam kasut korang tuh pegi jauh2
Munie setiap hari berjalan pergi dan balik dari kolej.
Masa nak sampai tuh munie kena redah semak jalan ikut denai, lalu belakang kilang lah setiap hari makan masa lebih kurang 15 min tuk sampai kat kolej and balik umah.
So tak payah cakap lah kan pasal sebijik batu. Kadang tuh sampai kolej ja munie pegi tandas semata-mata nak buang batu yang ada dalam kasut munie tuh sebab banyak sangat.
Ok so satu hari nie munie tengah jalan tiba tiba masuk satu batu yang boleh tahan tajam dia, and batu tu pun terkena kaki munie. Apa lagi terkejut punya pasal terkeluarlah perkataan yang kurang sopan.
Munie pun hilang sabar tengah jalan tuh jugak munie buka kasut tuh nak ambik batu yang berani masuk dalam kasut munie tuh.. bila tengok batu tuh tak lah besar mana pun kecik sangat rasa tadi macam besar ja.
Then munie tersentap terfikir benda sekecil batu yang boleh menyelit dalam kasut kita tuh pun dah boleh buat kita hilang pertimbangan and hilang kesabaran macam mana pulak bila Allah uji kita dengan benda yang lagi besar? Masa tuh macam mana reaksi kita? Adakah kita akan menyumpah macam mana kita menyumpah bila batu kecil masuk dalam kasut kita?
Rezeki datang melalui macam macam cara. Macam tuh juga ujian. Ia boleh datang dari sesiapa dan apa sahaja.

Setiap yang berlaku atas muka bumi Allah nie ada sebabnya so terpulanglah kepada kita bagaimana hendak menilainya.
Okay lah munie taknak mengarut banyak takat nie ja kot…bye

XOXO…J

Comments

Popular posts from this blog

Aku rasa mati

Sering mimpi bertemu lelaki tua.

Degree oh degree